Ketika aku sedang berjalan di kaki lima,
Hatiku amat sedih dan pilu,
Melihat mereka tiada tempat untuk berteduh.
Ketika aku sedang berjalan di kaki lima,
Ada yang badannya kurus kering,
Seperti sudah sepuluh hari tidak makan.
Ketika aku sedang berjalan di kaki lima,
Hatiku amat sedih dan pilu,
Melihat yang terpaksa mengemis kerana ditinggalkan keluarga.
Ketika aku sedang berjalan di kaki lima,
Titisan air mataku mengalir,
Kerana tidak tahan melihat mereka dalam kesusahan yang begitu menyayat hati.
No comments:
Post a Comment